awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak

Bernama
Bernama
13/11/2024
02:10 MYT
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Awang Tengah bersama wakil daripada 27 Jawatankuasa Induk Para SUKMA 2024 pada Majlis Apresiasi Para SUKMA 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUCHING: Penglibatan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 boleh menaikkan imej negeri itu, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Beliau berkata walaupun kerajaan negeri perlu berbelanja besar, ia berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024.
"Marilah kita terus mengangkat martabat sukan tanah air dan berusaha menjadi contoh terbaik dalam kerjasama dan semangat kesukanan.
"Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada kita semua untuk terus menyokong pembangunan sukan di Malaysia, dan memastikan lebih banyak atlet Para kita berjaya di peringkat antarabangsa," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Para SUKMA 2024 di sini malam tadi.
Awang Tengah berkata kerajaan dan sektor swasta boleh bekerjasama untuk memperkenalkan program sukan berprestasi tinggi dengan menumpukan kepada pengambilan dan latihan atlet muda para yang berbakat untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Semoga kita semua terus berusaha untuk menjadikan sukan sebagai platform yang mengeratkan hubungan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan budaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2027
#Amar Awang Tengah Ali Hasan
#Sarawak
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan