awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan

Bernama
Bernama
07/06/2024
14:19 MYT
Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan
Liew berkata perkara itu dilaksanakan kerana faktor keselamatan di peringkat daerah, susulan insiden tembakan di Teluk Darvel (Kunak), selain kegiatan jenayah rentas sempadan di lokasi penempatan tanpa izin. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Beliau berkata perkara itu dilaksanakan kerana faktor keselamatan di peringkat daerah, susulan insiden tembakan di Teluk Darvel (Kunak), selain kegiatan jenayah rentas sempadan di lokasi penempatan tanpa izin.
"Kedaulatan undang-undang negara yang berkuat kuasa haruslah dipertahankan, susulan itu kerja-kerja merobohkan serta mengosongkan penempatan tanpa izin itu dilaksanakan bermula 4 hingga 6 Jun, dan 138 penempatan yang dibina di dalam kawasan panas dirobohkan, manakala baki penempatan lain diroboh sendiri pemilik terlibat.
"Semua tindakan itu disetujui dalam beberapa sesi mesyuarat oleh agensi berkaitan seperti Taman-Taman Sabah, pejabat daerah dan polis termasuk lapan wakil komuniti Taman-Taman Sabah yang sah, juga sebulat suara meminta agar komuniti tanpa izin dikeluarkan segera dari kawasan diwartakan itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini bagi menjawab isu yang tular dalam media sosial berhubung pengosongan, perobohan serta pembakaran rumah di dalam Taman Marin Tun Sakaran.
Mengenai dakwaan anggota operasi membakar selepas merobohkan rumah itu, Liew berkata berdasarkan sumber polis, terdapat pemilik bertindak membakar rumah sendiri selepas ketiadaan pasukan operasi dan kejadian itu dirakam untuk tujuan tular melalui media sosial bagi meraih perhatian serta simpati warga siber.
Katanya, operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah Semporna, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Daerah Semporna termasuk Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).
Taman Marin Tun Sakaran merupakan satu daripada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah iaitu Taman Negeri dan kesalahan seperti menangkap ikan, membina struktur tanpa izin dan bercucuk tanam memberikan kuasa kepada Taman-Taman Sabah untuk mengambil tindakan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Taman-Taman 1984.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#ESSCom
#pelancongan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan