awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengukuhan ringgit, prestasi Bursa Malaysia sederhana punca dividen KWSP menurun

Khalis Khadir
Khalis Khadir
28/02/2026
06:51 MYT
Pengukuhan ringgit, prestasi Bursa Malaysia sederhana punca dividen KWSP menurun
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn (tengah) bergambar selepas sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP hari ini. - Foto Bernama
Pengukuhan ringgit antara faktor utama kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurun kepada 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025 berbanding 6.30 peratus tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pengukuhan mata wang tempatan itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam dalam mata wang dolar AS.
"Apabila ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam mata wang ini akan diterjemahkan kepada nilai yang lebih rendah dalam ringgit," katanya menerusi sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP 2025, di sini, pada Sabtu.
Ahmad Zulqarnain berkata, sebagai pengurus dana persaraan yang memiliki pendedahan pelaburan global yang signifikan, pergerakan kadar pertukaran asing memberi impak material terhadap prestasi keseluruhan dana, terutama dalam keadaan turun naik mata wang yang ketara.
Jelas beliau, KWSP turut berdepan persekitaran pelaburan tidak menentu susulan dasar perdagangan global yang sukar diramal, termasuk ketegangan tarif serta perkembangan geopolitik semasa.
“Di peringkat domestik, prestasi pasaran ekuiti juga berkembang lebih sederhana apabila Bursa Malaysia mencatat pertumbuhan sekitar 2.3 peratus tahun lalu berbanding lonjakan lebih kukuh sebanyak 12.9 peratus pada 2024,” ujarnya.
Katanya, keadaan itu secara tidak langsung mempengaruhi pulangan pelaburan tempatan, memandangkan pasaran saham kekal sebagai antara komponen penting dalam portfolio pelaburan KWSP.
Bagaimanapun jelas beliau, pasaran ekuiti yang berdaya tahan masih menjadi pemacu utama pendapatan dana, disokong oleh pulangan stabil daripada instrumen pendapatan tetap serta strategi kepelbagaian portfolio yang menyeluruh.
Topic Berkaitan
#KWSP
#dividen 2025
#pengukuhan ringgit
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan