awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunduran Razali, satu peringatan buat Putrajaya - Aktivis hak asasi

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2019
23:38 MYT
Pengunduran Razali, satu peringatan buat Putrajaya - Aktivis hak asasi
Menurut Debbie, pengunduran ikon diplomatik tersohor dunia itu satu kehilangan besar. - Astro AWANI
Pengunduran Tan Sri Razali Ismail sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) seharunya jadi satu peringatan kepada kerajaan bahawa janji pembaharuan dalam aspek hak asasi manusia masih tinggal janji kosong.
Setiausaha Agung Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) Debbie Stothard berkata pengunduran ikon diplomatik tersohor dunia yang berasal dari Kedah Darul Aman itu satu kehilangan besar.
"Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu tahu bahawa status Malaysia dari kaca mata global sudah meningkat, tetapi kini semakin jatuh apabila melibatkan tuduhan penglibatan pihak berkuasa dalam kes kehilangan individu tertentu.
"Bukan pendedahan yang menyebabkan status Malaysia jatuh, tetapi kegagalan kerajaan untuk memberi maklum balas," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam rakaman Agenda AWANI pada Isnin.
Razali Ismail umum letak jawatan sebagai Pengerusi SUHAKAM dua minggu sebelum tempoh tamat tugasnya.
Beliau yang memegang jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April.
Menurut beliau, surat meletak jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Razali, tugasnya dalam SUHAKAM hanya advokasi hak asasi manusia dan ia tidak membawa perubahan besar.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Diplomatic
#Kedah
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Suhakam
#Suruhanjaya Hak Asasi Manusia SUHAKAM
#Tan Sri Razali Ismail
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan