awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS

Bernama
Bernama
14/09/2021
06:08 MYT
Pengunjung perlu patuhi SOP, usah terlalu ghairah bercuti - Ketua Polis NS
Gelagat kanak-kanak bermandi-manda semasa menikmati cuti hujung minggu bersama ahli keluarga di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, 5 Sept, 2021. - Gambar fail BERNAMA
SEREMBAN: Orang ramai yang berkunjung ke destinasi pelancong di Negeri Sembilan diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata meskipun kes COVID-19 di negeri ini sudah mulai menurun, namun pihaknya bimbang disebabkan kealpaan orang ramai susulan pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi, menyebabkan kes kembali meningkat.
"Orang ramai dibenarkan beriadah berikutan peralihan negeri ini ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun mereka diingatkan agar tidak bersesak-sesak di tempat tumpuan dan menjaga penjarakan fizikal.
"Setakat ini, laporan yang saya terima daripada polis Port Dickson dan penguat kuasa di daerah itu keadaan masih terkawal namun perlu pemantauan di setiap lokasi tumpuan bagi memastikan SOP dipatuhi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata pihak polis bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga melakukan pemantauan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan.
Justeru, beliau menyeru semua masyarakat di negeri ini agar lebih bertanggungjawab dan bersama-sama berperanan untuk mengekang penularan COVID-19.
Beliau berkata demikian susulan beberapa gambar serta video di media sosial menunjukkan orang ramai mula beriadah bersama keluarga di lokasi tumpuan di negeri ini seperti di pantai Port Dickson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#destinasi pelancong
#Polis Negeri Sembilan
#patuh SOP
#pengoperasian semula sektor sosial dan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan