awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus ZK Racing syukur Hakim Danish selamat

Astro AWANI
Astro AWANI
18/02/2026
10:16 MYT
Pengurus ZK Racing syukur Hakim Danish selamat
Sistem 'airbag' yang berfungsi dengan baik membantu Hakim Danish sewaktu mengalami kemalangan serius semasa sesi ujian rasmi. - StadiumAstro
PENGURUS pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, berkata sistem 'airbag' yang berkualiti memberi nyawa kedua kepada Hakim Danish Ramli yang tampil berada dalam keadaan baik serta tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun mengalami kemalangan serius semasa sesi ujian rasmi di Litar Jerez, Sepanyol.
Dia tetap menaruh penuh keyakinan terhadap pelumba tersebut untuk melakar kedudukan lima terbaik dalam perlumbaan pusingan pertama yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada 27 Februari hingga 1 Mac ini.
"Kemalangan itu nampak teruk. Hakim Danish tercampak di pada bahagian tepi.
"Saya percaya sistem keselamatan yang ada mampu melindungi pelumba kami.
"Alhamdulillah, saya nampak dia okay," katanya.
Sementara itu, Zulfahmi mengakui ada melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat penajaan termasuk Petronas Sprinta bagi mengukuhkan kelangsungan kewangan pasukan tersebut.
Jelasnya, segalanya dilihat positif dan keputusan tersebut bakal diumumkan paling lewat hujung bulan ini.
"Bukan sahaja Petronas Sprinta, malah ada syarikat lain mahu mengembangkan penajaan.
"Saya berharap minggu depan kami boleh mengumumkan keputusan baik," katanya lagi.
  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#ZK Racing
#airbag
#kemalangan
#Hakim Danish Ramli
#ujian rasmi
#Litar Jerez
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan