awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan kewangan negara mesti dilaksana berhemah selaras semangat FRA - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/08/2025
12:10 MYT
Pengurusan kewangan negara mesti dilaksana berhemah selaras semangat FRA - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC). - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menekankan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC), iaitu platform penting dalam merangka dasar fiskal yang jelas dan menentukan hala tuju ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI perlu terus mencari keseimbangan antara usaha mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan, terutama dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
"Meskipun dunia masih bergelut dengan ketidaktentuan, ekonomi negara kekal kukuh dengan kadar pertumbuhan 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025.
"Kadar pengangguran juga telah menurun kepada paras tiga peratus, iaitu yang terendah dalam tempoh 10 tahun," kata Anwar dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.
Menurut beliau kerajaan berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2024, satu pencapaian yang membuktikan komitmen terhadap pengurusan fiskal yang bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurusan kewangan negara
#semangat FRA
#Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan