awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha kambing harap dapat perhatian kerajaan pada bajet kali ini

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2013
23:15 MYT
Pengusaha kambing harap dapat perhatian kerajaan pada bajet kali ini
Pengusaha kambing di seluruh negara mengharapkan kerajaan memberi perhatian pada pembentangan bajet kali ini dalam menyalurkan dana untuk mereka memperluaskan bidang perniagaan terbabit.
Pengusaha yang mengeluarkan daging segar untuk pasaran sejak sekian lama terpaksa bersaing dengan penjualan daging import khususnya seperti dari Australia dan New Zealand bagi memenuhi permintaan tinggi negara.
Walaupun pada dasarnya bidang penternakan kambing mampu menjanjikanpendapatan lumayan, namun dana tidak mencukupi selain faktor kekurangan pasaran menyebabkan ramai antara pengusaha tidak mampu bertahan lama.
Pengusaha terpaksa akur meneruskan perniagaan terbabit rentetan kekurangan penyaluran dana diberikan kerajaan kerana terpaksa berdepan dengan faedah tinggi menerusi pinjaman bank.
Terdahulu, seramai 60 pengusaha Pembiak dan Penternak Kambing dan Biri-Biri (IGFA) berkampung selama dua hari bermula semalam di ladang ternak UIO Sdn Bhd di Ledang, Johor.
Dalam pada itu, pengimportan daging kambing dari negara luar juga disifatkan bukan sekadar tidak membantu pengusaha tempatan sebaliknya kualiti daging yang berkemungkinan terdedah penyakit.
Pengusaha, Faisal Idris berkata, kerajaan perlu mewujudkanmekanisme bagi membekukan pengimportan daging sejuk beku dan memberi peluang kepada penternak-penternak di negara ini.
Bagaimanapun, gabungan setiap agensi berkaitan perlu duduk semeja bagi mencari resolusi permasalahan yang membelenggu pengusaha tempatan supaya bidang ternakan kambing negara mampu memenuhi permintaan tinggi tanpa import luar.
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#kerajaan
#Pengusaha kambing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan