awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga bazar Ramadan di Selayang diberi notis

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2023
08:29 MYT
Peniaga bazar Ramadan di Selayang diberi notis
MPS memeriksa 100 gerai bazar Ramadan dan mengeluar 15 notis dalam operasi dijalankan di Bazar Ramadan Selayang Utama. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan 15 notis kepada peniaga selepas memeriksa 100 gerai bazar Ramadan Selayang Utama di sini.
Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus pengendalian makanan seperti yang disyaratkan kepada peniaga makanan.
“Operasi dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak ini bertujuan untuk memeriksa pengendalian makanan adalah mengikut standard ditetapkan,” kata MPS menerusi hantaran di laman Facebook agensi itu
Dalam pada itu, MPS turut mengingatkan peniaga agar memakai apron, topi serta pelitup muka semasa menjalankan perniagaan.
“Para peniaga juga diingatkan agar memastikan setiap pekerja mempunyai suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan dan harus sentiasa dibawa semasa menjalankan perniagaan,” menurut hantaran itu. -Sinar Harian
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#kursus pengendalian makanan
#peniaga makanan
#Majlis Perbandaran Selayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan