awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik

Bernama
Bernama
09/03/2026
05:28 MYT
Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik
Tiang Soon Ying ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. - Gambar/ Bernama
Seorang peniaga yang menjalankan perniagaan pertanian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM53,000 kepada seorang individu berkaitan kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
Tiang Soon Ying, 40, didakwa memberikan suapan wang tunai RM10,000 kepada Mohd Ashraf Mohd Yunus, 42, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis-premis di sekitar Manjung dan Sitiawan, Perak yang disyaki digunakan untuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Kesalahan itu adalah mengganggu, mengambil dan mengguna elektrik termasuk merosakkan pepasangan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di 20 premisnya manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan memberikan wang tunai berjumlah RM43,000.
Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah hotel di George Town dekat sini pada 3.30 petang, 5 Jan 2021 dan 10.30 malam 15 Sept tahun sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SPRM Sharul Aznan Ghazali memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.
Beliau juga memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh agar dijalankan serentak dengan kes lain yang dihadapi Tiang.
Peguam Hong Chong Hang yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menjaga ibu bapa serta empat anaknya dengan tiga daripadanya masih bersekolah.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Ipoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi elektrik
#hotel
#kes rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan