awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga mengaku tidak bersalah buat hantaran komunikasi jelik

Bernama
Bernama
07/04/2026
05:03 MYT
Peniaga mengaku tidak bersalah buat hantaran komunikasi jelik
Sanuzi Kernain ketika di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. - Gambar/ Bernama
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik menerusi media sosial, dua tahun lepas.
Sanuzi Kernain, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut kertas pertuduhan, Sanuzi didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Instagram menerusi akaun “boss.s_k” pada 13 Nov 2024.
Hantaran itu kemudian dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1, Cyberjaya pada 5.15 pagi, 21 Feb 2025.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Pegawai pendakwa MCMC Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Badrul Mushani Mustapa Albakari yang mewakili OKS merayu anak guamnya diberi jaminan rendah kerana bekerja sendiri dan merancang memulakan perniagaan baharu secara kecil-kecilan dalam masa terdekat.
Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#MCMC
#hantaran jelik
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan