awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga nafi tipu belian lampin pakai buang bernilai lebih RM800,000

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/04/2022
07:15 MYT
Peniaga nafi tipu belian lampin pakai buang bernilai lebih RM800,000
Tertuduh, Mohd Azizie Wahab mengaku tidak bersalah selepas 26 kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Nariman Badruddin. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan menipu pembelian lampin pakai buang bernilai lebih RM800,000 pada 2016.
Tertuduh, Mohd Azizie Wahab, 37, membuat pengakuan itu selepas 26 kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan, Mohd Azizie dikatakan memperdayakan Suriana Hussain, 37, dalam urusan pembelian lampin pakai buang sehingga mendorong wanita terbabit memasukkan wang berjumlah RM838,474 ke akaun yang menggunakan nama dua syarikat milik tertuduh.
Perbuatan dilakukan di depan sebuah bank di Ayer Keroh, Melaka antara 19 Mei hingga 11 Jun 2016.
Tertuduh didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebat dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Fazrin Ahmad.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM78,000.
19 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.
Topic Berkaitan
#pembelian lampin pakai buang
#perdaya wanita
#peniaga didakwa menipu
#ayer keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan