awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
20/11/2016
08:48 MYT
Peniaga sila tuntut ganti rugi daripada DBKL, kata Bersih
Ribuan peserta Bersih 5 memenuhi jalan raya sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Para peniaga dan penjaja di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman yang terpaksa menutup kedai dan menanggung kerugian akibat perhimpunan Bersih 5 semalam, disaran menuntut ganti rugi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ketua Bersih Johor, Thomas Fann menegaskan, kerugian yang dialami para peniaga dan penjaga itu bukan disebabkan oleh pihaknya.
"Mereka diarahkan tutup kedai oleh Dewan Bandaraya, jadi DBKL yang harus bertanggungjawab atas kerugian itu dan kami nasihatkan para peniaga menuntut ganti rugi kepada DBKL secepat mungkin," ujarnya.
Thomas berkata demikian bagi mengulas laporan media yang menyebut, para peniaga dan penjaja di Jalan TAR terpaksa menaggung kerugian hampir RM500,000 selepas kedai mereka terpaksa ditutup susulan perhimpunan tersebut.
Lebih 500 penjaja di tapak pasar malam Jalan TAR, di sini tidak dibenarkan beroperasi susulan perhimpunan Bersih 5.
Kebanyakan penjaja di kawasan itu yang memulakan perniagaan pada jam 10 pagi hingga 12 tengah malam mampu meraih pendapatan purata RM800 setiap Sabtu.
Menurut Pengerusinya, Mahdzir Jaafar, pihaknya menerima arahan menerusi surat DBKL, pada Jumaat supaya tidak menjalankan perniagaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan perhimpunan Bersih 5.
Topic Berkaitan
#Bersih 5
#jalan tar
#peniaga
#Thomas Fann
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan