awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan

Bernama
Bernama
16/12/2024
10:20 MYT
Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga mengalami kerugian RM55,204 akibat terperdaya dengan sindiket pekerjaan tidak wujud yang diiklankan di laman sesawang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor dalam kenyataan hari ini berkata wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi pada 9 Dis lepas.
Beliau berkata mangsa telah mendaftar dan berhubung dengan suspek wanita menerusi aplikasi Telegram bagi mendapatkan arahan dan langkah selanjutnya.
"Pada mulanya mangsa yang diminta membuat bayaran RM30 untuk tugasan pertama mendapat komisen RM50, dan menerima komisen RM270 untuk tugasan kedua," katanya.
Azli berkata mangsa telah membuat transaksi keseluruhan RM55,204 dalam tempoh empat hari tetapi tidak menerima komisen untuk tugasan seterusnya.
"Pengadu yang berasa tertipu telah membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#mangsa penipuan
#kerja sambilan
#Telegram
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan