awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan tawaran lesen memandu di media sosial

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2022
22:00 MYT
Penipuan tawaran lesen memandu di media sosial
Polis menerima sembilan laporan berkaitan kegiatan penipuan lesen memandu yang diiklankan dalam media sosial membabitkan kerugian RM17,080. -Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menerima sembilan laporan berkaitan kegiatan penipuan lesen memandu yang diiklankan dalam media sosial membabitkan kerugian RM17,080.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohamad Kamarudin Md Din berkata, tujuh laporan diterima di Pulau Pinang, manakala dua kes di Kelantan.
Menurutnya, mangsa akan ditawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri sebarang ujian mahupun kelas memandu.
"Mangsa perlu menyerahkan butiran diri dan bayaran sekitar RM580 hingga RM5,000 bagi tujuan mendapatkan lesen tersebut.
"Bagaimanapun, setelah bayaran dibuat, lesen yang dijanjikan tidak diterima," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Kamarudin memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai perlu melakukan semakan nombor akaun bank dan nombor telefon di portal semakmule sebelum melakukan pindahan wang ke akaun yang tidak dikenali," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penipuan lesen memandu
#Mohamad Kamarudin Md Din
#tidak perlu hadiri ujian
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan