awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga gol Al-Ahly digantung selepas serang pengadil

Reuters
Reuters
10/04/2026
04:02 MYT
Penjaga gol Al-Ahly digantung selepas serang pengadil
Pemain kebangsaan Mesir itu dilaporkan hilang sabar selepas rayuan penalti Al-Ahly, ekoran insiden bola terkena tangan, ditolak pengadil. - Stadium Astro
PENJAGA gol utama Al-Ahly, Mohamed El-Shenawy, digantung empat perlawanan selepas bertindak agresif terhadap pengadil sewaktu terikat 1-1 dengan Ceramica Cleopatra dalam saingan Liga Perdana Mesir pada Selasa lalu.
Pemain kebangsaan Mesir itu, yang berada di bangku permain simpanan, dilaporkan hilang sabar selepas rayuan penalti Al-Ahly, ekoran insiden bola terkena tangan dalam masa kecederaan, ditolak oleh pengadil berkenaan.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Liga Perdana Mesir mengesahkan hukuman itu, termasuk denda sebanyak 50,000 pound Mesir (RM4,400) atas kesalahan mengasari pengadil dengan cara menolak atau menarik.
Hukuman itu merupakan tamparan hebat buat Al-Ahly, yang kini menghuni tangga ketiga liga dengan 41 mata dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Zamalek.
Gergasi bola sepak Mesir itu kini terpaksa beraksi tanpa khidmat El-Shenawy sehingga minggu terakhir pusingan play-off liga.
Situasi itu turut menimbulkan kebimbangan memandangkan dia dijangka menjadi penjaga gol nombor satu skuad kebangsaan Mesir bagi menghadapi kempen Piala Dunia di Amerika Utara pada Jun depan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#penjaga gol
#AL-AHLY
#Mohamed El-Shenawy
#digantung
#pengadil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan