awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk - Exco

Reuters
Reuters
30/03/2026
05:00 MYT
Penjara maksimum, sebatan perlu dipertimbang tangani kes pemandu mabuk - Exco
Seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat, Klang, semalam. - Gambar/ Media sosial

Tindakan lebih tegas termasuk hukuman penjara maksimum dan sebatan perlu dipertimbangkan bagi menangani kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol serta dadah yang semakin membimbangkan.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu berkata pendekatan sedia ada dilihat masih belum mencukupi untuk memberikan pengajaran kepada pelaku, susulan insiden terkini yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

“Saya menggesa agar tindakan undang-undang yang tegas dan setimpal dikenakan terhadap pelaku…ini bukan lagi kes terpencil kerana terlalu banyak tragedi seumpamanya telah berlaku.

“Sudah tiba masanya pendekatan lebih tegas dilaksanakan melalui penguatkuasaan lebih ketat dan berat agar menjadi pengajaran kepada masyarakat di samping memastikan bantuan sewajarnya disalurkan segera kepada keluarga mangsa, lebih-lebih lagi apabila yang terkorban merupakan ketua keluarga, demi menegakkan keadilan dan mengelakkan tragedi sebegini terus berulang.

“Nyawa rakyat tidak seharusnya menjadi taruhan kepada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak. Jalan raya mesti selamat untuk semua…cukup-cukuplah tragedi seperti ini berulang! Tindakan tegas mesti menjadi keutamaan demi keselamatan semua!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat.

Beliau berkata insiden kira-kira 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa seorang lelaki berusia 30-an, tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pagi ini, Mahkamah Majistret Klang membenarkan suspek berusia 20-an itu direman empat hari hingga Khamis, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Papparaidu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan itu.

“Saya menzahirkan rasa amat dukacita dan simpati mendalam terhadap kejadian kemalangan tragis di Jalan Raya Barat, Klang yang telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang tidak bersalah juga seorang ayah kepada dua orang anak kecil.

“Insiden ini sekali lagi membuktikan bahawa pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah adalah perbuatan sangat berbahaya. Lebih menyedihkan apabila kecuaian sebegini meragut nyawa individu yang langsung tidak bersalah,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#penunggang motosikal maut
#video tular
#V Papparaidu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan