awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam dapat bantuan khas RM500, pesara RM250 sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
02/06/2017
09:30 MYT
Penjawat awam dapat bantuan khas RM500, pesara RM250 sempena Aidilfitri
Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.
Kementerian Kewangan yang mengumumkannya hari ini berkata bantuan khas itu juga akan turut dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Kementerian Kewangan berkata bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.
"Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017", katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bantuan kewangan
#hari raya
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#penjawat awam
#pesara kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan