awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam rugi lebih RM800,000 diperdaya sindiket Macau Scam

Bernama
Bernama
10/11/2023
10:44 MYT
Penjawat awam rugi lebih RM800,000 diperdaya sindiket Macau Scam
Polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM822,938 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai polis dan syarikat penghantaran barang sejak seminggu lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata polis menerima laporan daripada wanita berusia 33 tahun itu pada Rabu selepas mendapati wang dalam akaunnya telah berkurangan.
Beliau berkata mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan mengaku pekerja di pejabat pos di Perlis dan memaklumkan mangsa telah membuat kiriman barangan iaitu dokumen diri dan kad bank ke Miri, Sarawak.
"Lelaki terbabit memaklumkan kemungkinan maklumat peribadi mangsa digunakan orang lain sebelum mengarahkan wanita itu berhubung dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.
"Suspek turut mendakwa mangsa mempunyai rekod jenayah melibatkan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, serta meminta maklumat peribadi dan perbankan milik wanita itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan ahli sindiket Macau Scam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada dakwaan pihak tidak dikenali yang mengaitkan anda dengan mana-mana kes jenayah. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macam Scam
#warga emas
#penjawat awam
#Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan