awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam salah guna kuasa, dapatkan kerja pembekalan untuk suami

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2024
10:36 MYT
Penjawat awam salah guna kuasa, dapatkan kerja pembekalan untuk suami
Wanita berusia 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000.
Perintah reman selama tujuh hari sehingga 10 September 2024 terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sumber berkata, suspek telah ditahan sekitar jam 7 malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2022.
“Suspek yang bertugas di sebuah sekolah di sekitar Lembah Klang dipercayai telah menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#penjawat awam
#tender sekolah
#kes salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan