awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500

Bernama
Bernama
15/04/2022
03:45 MYT
Penjawat awam Terengganu terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Menurut Samsuri, implikasi kewangan bagi kedua-dua bantuan tersebut mencecah RM65.9 juta. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Penjawat awam Terengganu bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 pada 25 April ini.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bantuan itu melibatkan seramai 13,827 kakitangan awam negeri gred 56 dan ke bawah.
"Semoga dengan bantuan ini dapat memeriahkan sambutan hari raya kita bersama orang yang tersayang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan Bantuan Khas i-Fitri berjumlah keseluruhan RM58.99 juta kepada 50,947 penerima di negeri itu.
Menurutnya implikasi kewangan bagi kedua-dua bantuan tersebut mencecah RM65.9 juta.
"Selepas dua tahun kita berada dalam fasa pandemik COVID-19 dan sambutan hari raya terpaksa dibuat secara terbatas, tahun ini kita bakal menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dalam fasa (peralihan) endemik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan khas Aidilfitri
#terengganu
#penjawat awam
#Ahmad Samsuri Mokhtar b
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan