awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'LHDN'

Bernama
Bernama
11/03/2022
11:09 MYT
Penjawat awam wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'LHDN'
Wanita berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada LHDN mengatakan dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM36,690 dan kemudian dinafikan wanita tersebut.
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam wanita kerugian RM383,000 selepas dihubungi 'pegawai' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 12 Feb lepas.
Wanita berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada LHDN mengatakan dia mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM36,690 dan kemudian dinafikan wanita tersebut menyebabkan panggilannya disambungkan kepada 'Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan'.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita itu kemudian bercakap dengan seorang 'pegawai polis' berpangkat Inspektor dan setelah semakan dibuat, dia dikatakan mempunyai rekod penyeludupan dadah.
"Mangsa yang bimbang terhadap ugutan itu, memasukkan sejumlah wang secara berperingkat sebanyak empat kali ke dalam akaun yang berbeza pada 14 Feb lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, setelah memindahkan wang keseluruhannya berjumlah RM383,000, wanita itu menyedari dirinya ditipu.
Mohamad Fakhrudin sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan ugutan yang dilakukan oleh sindiket itu.
"Orang ramai dinasihatkan segera menghubungi pihak polis sekiranya menerima panggilan-panggilan telefon sebegini. Modus operandi sindiket ini menyasarkan sesiapa sahaja terutama yang cepat panik dan golongan yang kurang pendedahan mengenai maklumat-maklumat terkini jenayah siber," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#kerugian
#LHDN
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan