awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah rempuh kenderaan polis cedera ditembak

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2024
10:37 MYT
Penjenayah rempuh kenderaan polis cedera ditembak
Semakan mendapati suspek miliki 14 rekod jenayah lampau dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Tindakan seorang lelaki yang merempuh kenderaan polis ketika cuba melarikan diri semasa ditahan mengundang padah apabila dia ditembak dalam kejadian dekat Serendah pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu berlaku ketika kenderaan jenis Perodua Alza berwarna ungu dinaiki suspek terbabit didapati dalam keadaan mencurigakan sebelum diekori pihak polis dari kawasan Mualim, Perak.
"Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya itu di hadapan gerai makan di kawasan Serendah.
"Anggota polis kemudiannya bertindak menghalang kenderaan suspek menggunakan dua kenderaan sebelum suspek bertindak merempuh kedua kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, anggota polis terlibat kemudiannya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.
"Anggota polis kemudiannya bertindak menahan suspek dan mendapati suspek mengalami kecederaan di bahagian perut akibat terkena tembakan berkenaan.
"Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek miliki 14 rekod jenayah lampau dan kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#PDRM
#melarikan diri daripada polis
#Serendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan