awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual susu kambing didakwa tetak lelaki dengan parang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/10/2021
06:42 MYT
Penjual susu kambing didakwa tetak lelaki dengan parang
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebilah parang terhadap Nur Azizi Noruddin, 28, sehingga mengalami cedera patah tulang lengan dan retak tulang paha sebelah kiri. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang penjual susu kambing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang, dua minggu lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Irfan Mat Naih, 21, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebilah parang terhadap Nur Azizi Noruddin, 28, sehingga mengalami cedera patah tulang lengan dan retak tulang paha sebelah kiri.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kawasan kebun, Kampung Dewan Kecil, Machang, jam 11.45 malam, pada 9 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahmad Fariz memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu serius dan mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa.
Tertuduh turut merayu mahkamah membenarkannya diikat jamin pada kadar minimum.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#tetak lelaki dengan parang
#cedera parah
#machang
#penjual susu kambing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan