awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual telur penyu dalam talian boleh dikenakan tindakan undang-undang

Bernama
Bernama
15/05/2020
22:45 MYT
Penjual telur penyu dalam talian boleh dikenakan tindakan undang-undang
Terdapat aktiviti penjualan telur penyu dari Terengganu yang diiklankan di laman Shopee Malaysia pada 12 Mei lepas. - Gambar fail
Sebarang bentuk penjualan haiwan marin yang terancam seperti penyu termasuk telur haiwan itu adalah dilarang serta boleh dikenakan tindakan undang-undang, menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Jabatan itu dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan menerima aduan daripada orang awam menerusi media sosial Facebook dan Twitter bahawa terdapat aktiviti penjualan telur penyu dari Terengganu yang diiklankan di laman Shopee Malaysia pada 12 Mei lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata tinjauan jabatan itu mendapati iklan tersebut digugurkan dua hari lepas.
"Semua negeri melarang penjualan semua spesies penyu termasuk telur. Kecuali negeri Terengganu yang hanya melarang penjualan bagi spesies penyu belimbing sahaja di mana penguatkuasaan tersebut mengguna pakai enakmen atau kaedah-kaedah perikanan berhubung penyu dan telur penyu negeri.
"Namun penyeragaman perundangan seharusnya memastikan penyu dilindungi mengikut Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) serta Enakmen Penyu Negeri dan Kaedah-kaedah Perikanan berhubung penyu dan telur penyu negeri," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan bagi mengimbangi ekosistem hidupan marin itu, DOF memandang serius sebarang aktiviti penjualan sumber terancam di negara ini yang juga ikon pelancongan kepada peminat konservasi alam sekitar, dan pihak yang melanggar akta-akta berkenaan boleh diambil tindakan penguatkuasaan.
Penyu antara hidupan yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan terdapat empat spesies penyu yang dilindungi sepenuhnya di negara ini iaitu penyu belimbing, penyu agar, penyu karah dan penyu lipas manakala di peringkat global semua spesies penyu adalah tersenarai dalam perlindungan Akta 686.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekosistem
#Facebook
#Jabatan Perikanan Malaysia
#media sosial
#pelancongan
#penyu
#Shopee
#telur penyu
#terengganu
#tindakan undang-undang
#Twitter
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan