awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual tipu pelajar iPhone 7 didakwa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/12/2017
11:04 MYT
Penjual tipu pelajar iPhone 7 didakwa
Yusnani didakwa memperdaya Noratirah Adila supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun bank bagi tujuan pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu. - Gambar hiasan
Seorang jurujual didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini kerana menipu seorang pelajar membabitkan wang berjumlah RM2,000 untuk membeli iPhone 7 melalui laman mudah.my pada Mei lalu.
Tertuduh, Yusnani Mohd Yusof, 20, dari Kuantan, Pahang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan itu, Yusnani didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan pembelian telefon iPhone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.
Mohd Rosly membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.
Mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#beli phone
#iPhone 7
#kes tipu
#Mudah my
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan