awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah meninggal dunia dihempap pokok

Bernama
Bernama
22/12/2021
20:18 MYT
Penoreh getah meninggal dunia dihempap pokok
Zainuddin berkata, polis mendapati ada sebatang kayu pohon getah yang telah reput berada di kawasan mangsa terbaring. - Gambar fail BERNAMA
TANAH MERAH: Seorang penoreh getah meninggal dunia dipercayai dihempap sebatang pokok getah di Kampung Air Sejuk, Kelewek, di sini petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata mangsa Anisa Latif, 36, warganegara Thailand itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas suaminya menyedari mangsa yang keluar dari rumah sejak awal pagi untuk menoreh getah tidak pulang seperti kebiasaan.
"Suami mangsa telah keluar mencari dan menjumpai mangsa di tempatnya menoreh getah dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dengan terdapat darah keluar daripada mulut dan hidung.
"Setelah itu, suami mangsa telah menghubungi pihak hospital dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Zainuddin berkata sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati ada sebatang kayu pohon getah yang telah reput berada di kawasan mangsa terbaring dan dipercayai batang kayu tersebut telah tumbang dan menimpa mangsa.
"Pada masa itu, kedudukan mangsa telah dialihkan dari tempat kejadian ke tepi jalan oleh suami mangsa. Semasa kejadian tiada sesiapa bersama dengan mangsa," katanya.
Beliau berkata pihaknya mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah merah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penoreh getah
#meninggal dunia
#Tanah Merah
#dihempap pokok getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan