awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensampelan PATI di depoh tahanan sedang dilakukan - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/05/2020
07:03 MYT
Pensampelan PATI di depoh tahanan sedang dilakukan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata pensampelan itu melibatkan hampir 3,000 individu yang turut merangkumi petugas di dua depoh tersebut. - Foto BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses mengambil sampel semua pendatang asing tanpa izin (PATI) di dua depoh tahanan iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Semenyih, Selangor.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pensampelan itu melibatkan hampir 3,000 individu yang turut merangkumi petugas di dua depoh tersebut.
“Kes itu melibatkan PATI yang ditangkap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas itu masuk pula PATI dari PKP Diperketatkan (PKPD) Masjid India.
“Di depoh, mereka bukan duduk sebilik seorang, mereka tinggal di dorm... mereka tinggal beramai-ramai.
“Jadi keadaan itu (menyebabkan) berlaku jangkitan atau penularan dari salah seorang daripada mereka yang akhirnya merebak,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
BACA: COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit warga asing dikesan
BACA: Kluster baharu dikesan di depot tahanan imigresen, Bukit Jalil - KKM
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, mereka yang didapati positif akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Malah jelas Ismail Sabri, bagi mana-mana depoh tahanan PATI yang didapati mempunyai kes positif, semua petugas diarah memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap bagi mengelakkan jangkitan.
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#depoh tahanan PATI
#ismail sabri yaakob
#jabatan imigresen
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#pati
#tangkap pendatang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan