awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penstrukturan semula tenaga kerja PETRONAS dijangka selesai 1 Ogos ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/02/2026
09:47 MYT
Penstrukturan semula tenaga kerja PETRONAS dijangka selesai 1 Ogos ini
Muhammad Taufik (kiri) bercakap pada Sidang Media Pengumuman Keputusan Kewangan Kumpulan PETRONAS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025, di sini pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Proses penstrukturan semula tenaga kerja PETRONAS membabitkan kira-kira 5,000 pekerja atau sekitar 10 peratus daripada keseluruhan kakitangannya, dijangka selesai menjelang 1 Ogos ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pelaksanaan dibuat secara berperingkat bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas dan tidak berlaku pemberhentian secara serentak.
Jelas beliau, fasa pertama telah dilaksanakan tahun lalu, diikuti gelombang seterusnya pada Mac dan Julai, sebelum struktur organisasi baharu dimuktamadkan sepenuhnya menjelang 1 Ogos.
"Saya ingin tekankan bahawa ini adalah satu proses yang sukar bagi kami, tetapi ia dilaksanakan untuk memastikan kerja yang tidak lagi diperlukan dapat dikurangkan.
"Kami juga mengambil kira keperluan untuk kekal kompetitif, pantas dan tangkas dalam persekitaran semasa. Walaupun tiada sasaran pemotongan ditetapkan, jumlah akhir dijangka sekitar 5,000 pekerja," dalam Sidang Media Pengumuman Keputusan Kewangan Kumpulan PETRONAS bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025, di sini pada Jumaat.
Dalam masa sama, Tengku Taufik dalam sidang media sama berkata, agihan jumlah dividen kepada pemegang saham bagi 2026 telah ditetapkan sebanyak RM20 bilion, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas menilai keperluan pertumbuhan dan pelaburan semula syarikat, selain memastikan kemampuan membayar pinjaman dan mengekalkan rizab jangka pendek yang mencukupi.
"Bagi peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX), syarikat mengekalkan panduan untuk lima tahun akan datang dengan jumlah purata antara RM45 hingga RM50 bilion setahun, bergantung kepada fasa pelaksanaan projek," katanya.
Topic Berkaitan
#Petronas
#penstrukturan semula
#tenaga kerja
#Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan