awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah hilang ketika menyelam di Pulau Tioman ditemukan selamat

Bernama
Bernama
29/06/2025
03:15 MYT
Pensyarah hilang ketika menyelam di Pulau Tioman ditemukan selamat
Eliza yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh, Pulau Tioman semalam, ditemukan selamat pagi ini.
KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh, Pulau Tioman semalam, ditemukan selamat pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, Eliza M. Yusup, 44, dijumpai orang awam yang sedang melakukan aktiviti selam snorkel di Pulau Tulai kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.
"Mangsa berada dalam keadaan selamat dan dilaporkan sihat. Dia telah dihanyutkan arus sejauh 1.4 kilometer dari lokasi asal sebelum berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan tiba ke Pulau Tulai kira-kira pukul 11.30 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek untuk pemeriksaan lanjut.
Sharif Shai berkata, mangsa telah menyertai aktiviti menyelam bersama sembilan penyelam lain serta seorang pengajar di perairan Pulau Chebeh kira-kira 11 pagi semalam dan dipercayai hilang selepas melakukan aktiviti terbabit secara sendirian.
"Selepas kira-kira 45 minit, pengajar menyedari mangsa masih belum muncul lalu cuba mencarinya, tetapi gagal. Pengajar itu kemudian mendapatkan bantuan penduduk Kampung Salang dan anggota polis untuk operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan semalam terpaksa dihentikan pada 6.30 petang berikutan hujan lebat dan ribut, sebelum disambung semula hari ini dengan bantuan Pasukan Polis Marin Tanjung Gemok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensyarah hilang
#menyelam
#Pulau Tioman
#pensyarah UTHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan