awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang berlepas dari Thailand dikenakan caj lebih tinggi mulai 20 Jun

Astro AWANI
Astro AWANI
21/02/2026
03:14 MYT
Penumpang berlepas dari Thailand dikenakan caj lebih tinggi mulai 20 Jun
Kutipan hasil digunakan untuk operasi serta peningkatan infrastruktur di enam lapangan terbang kendaliannya iaitu Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Mae Fah Luang Chiang Rai, Phuket dan Hat Yai. -Gambar fail
Penumpang antarabangsa yang berlepas dari enam lapangan terbang utama Thailand akan dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) baharu sebanyak 1,120 baht (kira-kira RM140) seorang mulai 20 Jun 2026, lapor Bangkok Post.
Airports of Thailand (AOT) berkata kenaikan itu diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Penerbangan Awam pada 3 Dis 2025, yang menyokong permohonan menaikkan PSC antarabangsa daripada 730 baht (kira-kira RM90) kepada 1,120 baht (kira-kira RM140).
Presiden AOT, Paweena Jariyathitipong, berkata kajian mendapati kadar baharu itu tidak menjejaskan keputusan perjalanan penumpang kerana PSC hanya mewakili sebahagian kecil kos keseluruhan tambang.
Beliau berkata PSC baharu diperlukan bagi menyokong kos operasi serta pelaburan jangka panjang untuk meningkatkan keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kapasiti lapangan terbang.
AOT menjelaskan PSC bukan cukai dan tidak dikutip untuk keuntungan. Hasilnya digunakan untuk operasi serta peningkatan infrastruktur di enam lapangan terbang kendaliannya iaitu Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Mae Fah Luang Chiang Rai, Phuket dan Hat Yai.
Syarikat itu menganggarkan kenaikan PSC akan menjana tambahan antara 10 bilion hingga 13 bilion baht (kira-kira RM1.26 bilion hingga RM1.63 bilion) setahun, yang akan membiayai projek besar seperti pembinaan Terminal Selatan baharu di Suvarnabhumi dan naik taraf terminal Don Mueang.
Selain itu, AOT akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang penggunaan bersama (CUPPS) bagi mempercepatkan proses daftar masuk serta mengurangkan masa menunggu, selaras maklum balas syarikat penerbangan dan penumpang.
Bagaimanapun, terdapat kritikan daripada pemerhati industri yang mempersoalkan sama ada peningkatan caj itu selari dengan peningkatan mutu perkhidmatan.
Bekas timbalan ketua Parti Demokrat, Samart Ratchapolsitte, berkata isu sebenar ialah nilai perkhidmatan yang diterima penumpang
“Jika penumpang membayar pada kadar global, apakah tahap perkhidmatan yang akan mereka peroleh?” kata Ratchapolsitte.
AOT menegaskan majoriti penumpang yang disoal selidik menganggap kadar baharu itu munasabah dan tidak mempengaruhi keputusan perjalanan mereka.
Caj PSC domestik bagaimanapun kekal 130 baht (kira-kira RM16) seorang.
Topic Berkaitan
#Thailand
#AOT
#Caj Perkhidmatan Penumpang
#Lapangan Terbang Thailand
#Suvarnabhumi
#Don Mueang
#penerbangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan