awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang ke Sandakan terpaksa 'berpanas', Malaysia Airlines akui ada masalah teknikal

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2022
09:19 MYT
Penumpang ke Sandakan terpaksa 'berpanas', Malaysia Airlines akui ada masalah teknikal
Pesawat tersebut juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu selepas prosedur kali kedua menghidupkan enjin gagal ketika melakukan 'pushback'.
KUALA LUMPUR: Para penumpang pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada Ahad berdepan suasana tidak selesa apabila persekitaran kabin pesawat menjadi panas.
Tular di media sosial apabila para penumpang memuat naik situasi tidak selesa itu termasuk pasangan yang membawa anak kecil dan warga emas.
Sementara itu, Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dalam kenyataan pada Isnin berkata, pesawat MH2710 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah semalam didapati mengalami isu teknikal ketika enjin pesawat dihidupkan.
Kenyataan itu memaklumkan pesawat tersebut juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu selepas prosedur kali kedua menghidupkan enjin gagal ketika melakukan 'pushback'.
Menurutnya, pada masa sama insiden berkenaan seorang penumpang juga memerlukan bantuan perubatan kecemasan. "Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baikpulih dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas.
"Selepas itu, penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan jam 4.30 petang," katanya.
Tambah kenyataan itu, Malaysia Airlines kesal dengan kelewatan terbabit dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang.
"Keselamatan kekal menjadi keutamaan kepada Malaysia Airlines," katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Penerbangan ke Sandakan
#kabin panas
#enjin pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan