awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah

Bernama
Bernama
08/02/2024
02:10 MYT
Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah
Aman Shah (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada penumpang pada program tinjauan mesra Exco Pengangkutan Kedah di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, malam tadi. -- fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Penumpang bas diminta agar melaporkan perilaku pemandu yang 'culas' dan melanggar peraturan jalan raya, sehingga mengancam keselamatan ketika mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut terutama pada musim perayaan ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah Aman Shah Hashim berkata antara kesalahan yang sering dikesan ialah, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had laju.
"Orang ramai boleh melaporkan dengan segera, dengan menghantar rakaman video menerusi aplikasi MyJPJ untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Melalui MyJPJ, penumpang sendiri yang ingin pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina ini, boleh merakam dan menghantar terus video yang ada kepada kita, silalah buat demikian jika ia (salah laku pemandu) berlaku di dalam bas yang anda naiki," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Mesra Exco Pengangkutan Kedah di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, malam tadi.
Beliau berkata pihaknya juga biasanya akan melakukan operasi penyamaran dalam bas, bagi mengesan pemandu yang tidak beretika di jalan raya.
Pada jelajah mesra itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah Dzowahir Ab Ghani, turut menyampaikan cenderahati kepada pemandu serta penumpang bas, melibatkan 16 buah syarikat kenderaan awam itu.
Aman Shah berkata selain itu pemandu bas juga sering dikesan melanggar peraturan dengan memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua, tatacara kelakuan pemandu dan kesalahan teknikal.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ juga akan terus memberi tumpuan kepada beberapa lokasi panas yang dikenal pasti di Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim, dalam usaha mengurangkan statistik kemalangan membabitkan bas ekspres.
"Saya menyeru agar pemandu bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, kerana anda membawa ramai nyawa manusia bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi dituju," katanya.
Sementara itu, pada program dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu, seorang pemandu bas ekspres ditahan setelah didapati positif methamphetamine.
Lelaki berusia 60-an itu, ditahan pihak berkuasa selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu mendapati dia postif bahan terlarang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Kedah
#penumpang bas
#pemandu bas
#langgar peraturan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan