awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang maut selepas diseret lori, motosikal terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2022
10:26 MYT
Penunggang maut selepas diseret lori, motosikal terbakar
17 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Muar bersama dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian. - Foto Sinar Harian
TANGKAK: Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori sebelum terbakar di Jalan Muar Sungai Mati, Parit Bunga di sini pada Jumaat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.05 pagi.
Katanya, 17 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Muar bersama dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan melanggar sebuah motosikal yang tidak dapat dikenal sebelum diseret sejauh 300 meter.
"Kemalangan mengakibatkan kedua-dua buah kenderaan tersebut terbakar. Penunggang motosikal merupakan seorang lelaki berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri selepas lori terbakar.
Beliau memberitahu, kebakaran itu memusnahkan 90 peratus lori termasuk motosikal tersebut dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#motosikal terbakar
#langgar lori
#kemalangan Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan