awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran

Bernama
Bernama
08/01/2025
03:30 MYT
Penunggang motosikal maut langgar lembu berkeliaran
Mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan. - Gambar hiasan
TAMPIN: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu berkeliaran di Kilometer 43 Jalan Tampin Gemas, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, lelaki warga Indonesia berusia 26 tahun itu merupakan tukang masak di sebuah kedai makan di Sungai Kelamah dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.
"Tiba di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada ditengah jalan, lalu hilang kawalan dan terbabas jatuh di atas jalan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal
#lembu
#Nahas
#Amiruddien Sariman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan