awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2022
02:13 MYT
Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Besar-Sekinchan berhampiran Kampung Sungai Nibong di sini pada Jumaat.
Penunggang motosikal jenis Yamaha LC berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lori muatan tiga tan mengalami patah kaki.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi.
"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, lori muatan tiga tan dan sebuah kontena.
"Dilaporkan pemandu lori tiga tan mengalami patah kaki dan penunggang motosikal meninggal dunia.
"Bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Norazam Khamis
#Yamaha LC
#BBP Sekinchan
#kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan