awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk isyarat lucah dipenjara 30 hari

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2013
23:12 MYT
Penunjuk isyarat lucah dipenjara 30 hari
Mahkamah Majistret Balik Pulau menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda lapan ribu ringgit ke atas seorang pemuda, Leong Pei Koe, 29.
Dia didapati bersalah melakukan perbuatan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan kepada anggota Polis.
Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwaraya, Datuk Suhaimi Ibrahim dan Charanjit Singh. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding, tertuduh mengaku bersalah dan memohon maaf kepada Raja Permaisuri Agong, keluarga diraja, Polis dan seluruh rakyat Malaysia.
Kejadian berlaku pada tengahari Isnin, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Sebelum itu, Leong Pei Koe telah dinasihati pengawal pengiring yang memaklumkan kepadanya bahawa dia boleh dikenakan tindakan kerana berbuat demikian.
Bagaimanapun tertuduh berdegil dan mengulangi perbuatan dengan menunjukkan isyarat lucah beberapa kali ke arah kenderaan diraja.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Suhaimi Ibrahim
#isyarat lucah
#Leong Pei Koe
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan