awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyakit jantung masih jadi ancaman utama di Malaysia - Dr Ismuni

Bernama
Bernama
21/09/2025
22:00 MYT
Penyakit jantung masih jadi ancaman utama di Malaysia - Dr Ismuni
Dr Ismuni berkata, diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan tekanan berpanjangan ialah penyumbang utama kepada penyakit jantung. - Gambar Bernama
LABUAN: Penyakit jantung kekal sebagai ancaman serius di negara ini kerana penyakit itu masih menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata, statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2024 menunjukkan penyakit jantung iskemik merupakan penyebab kedua tertinggi dalam kematian yang disahkan secara perubatan, iaitu sebanyak 15.1 peratus dan menjadi punca utama kematian dalam kalangan individu berusia 41 hingga 59 tahun, manakala lelaki lebih terjejas berbanding wanita.
"Trend ini membimbangkan kerana bukan hanya menjejaskan kesihatan, tetapi juga memberikan impak kepada ekonomi negara," katanya pada program Hari Jantung Sedunia, di sini, pada Ahad.
Dr Ismuni berkata, diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan tekanan berpanjangan ialah penyumbang utama kepada penyakit jantung selain faktor merokok, obesiti, gaya hidup tidak aktif dan tabiat pemakanan tidak sihat.
Beliau berkata, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 melaporkan, 15.6 peratus dewasa menghidap diabetes, hipertensi (29.2 peratus), kolesterol tinggi (33.3 peratus), obesiti (21.8 peratus) dan merokok (19 peratus).
"Setakat Ogos lepas, Labuan merekodkan 93 kes kardiovaskular baharu dan 1,388 pesakit sedang menerima rawatan penyakit jantung.
"Angka ini adalah amaran untuk kita mengambil langkah pencegahan sebelum terlambat," katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan menyertai aktiviti kesedaran.
Dr Ismuni berkata, sebanyak 3,877 penduduk di Labuan telah melakukan pemeriksaan kesihatan setakat bulan lepas.
"Hari Jantung Sedunia tahun ini bertemakan Don't Miss a Beat, menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakanan lebih sihat demi melindungi jantung mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#penyakit jantung
#pemeriksaan kesihatan
#gaya hidup sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan