awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2024
00:20 MYT
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi (kiri) dalam Podcast Yang Bakar Menteri Episod 4 pada Isnin. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Penyasaran subsidi bukan bertujuan untuk menyusahkan rakyat tetapi adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
Menurutnya, selain ketirisan dan penyeludupan berlaku membabitkan bahan itu yang merugikan negara, kerajaan terpaksa berbelanja besar sehingga RM52 bilion.
“Baik kita bagi subsidi kepada keluarga yang betul-betul susah dan memerlukan daripada kita subsidi itu disalah guna,” katanya dalam Podcast Yang Bakar Menteri Episod 4 pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan blogger Salim Iskandar atau lebih dikenali sebagai Parpukari yang mendakwa langkah penyasaran subsidi hanya akan menyusahkan rakyat.
Rafizi mengakui subsidi diesel sebagai contoh digunakan oleh golongan kaya dengan semaksimum mungkin kerana mereka mempunyai kenderaan lebih daripada satu.
“Tapi golongan yang bawah ini dia ada motor sahaja, sebulan dia dapat berapa sahaja tapi kerajaan tetap belanja besar, ada baiknya ambik duit itu dan alihkan kepada keluarga-keluarga yang lebih layak.
“Sebab dengan cara itu sahaja ekonomi negara dapat dirancakkan kerana dan boleh mengurangkan hutang,” katanya.
Rafizi menambah, dahulu hanya 6 juta orang penerima bantuan BR1M tapi sekarang di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) penerimanya meningkat sehingga 10 juta orang.
“Data ini disediakan oleh kumpulan, pegawai yang sama daripada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak dan terbukti STR juga dibayar tinggi daripada dulu,” katanya.
“Oleh kerana STR diberikan kepada setiap individu jadi setiap isi rumah dua, tiga orang boleh dapat dengan kadar STR dinaikkan dan rekod menunjukkan ada keluarga miskin boleh dapat bantuan STR mencecah RM6,000,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#penyasaran subsidi
#ekonomi
#Sumbangan Tunai Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan