awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyatuan semula pasangan kekasih ikonik Rangga dan Cinta

Umaira Uyop
Umaira Uyop
07/11/2014
10:50 MYT
Penyatuan semula pasangan kekasih ikonik Rangga dan Cinta
LINE Indonesia bikin drama mini sekuel kepada Ada Apa Dengan Cinta?
Apakah yang berlaku dalam pertemuan semula antara dua kekasih, Rangga dan Cinta selepas 12 tahun penamat filem ikonik Ada Apa Dengan Cinta?
Pasti ramai yang masih mengingati pesona filem cinta remaja, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ditayangkan pada 2002.
Aplikasi permesejan sosial, LINE Indonesia membawakan drama mini Ada Apa Dengan Cinta 2014.. sambungan kepada kisah Rangga dan Cinta selepas pertemuan terakhir mereka di lapangan terbang di mana Rangga bertolak ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana.
Baru dimuatnaik semalam (6 November) di laman Youtube LINE Indonesia, sekuel itu mengumpul lebih 92 ribu tontonan.
Siri iklan dalam bentuk drama mini ini menyaksikan Rangga, lakonan Nicolas Saputra kini bekerja sebagai wartawan di New York manakala Cinta, didukung oleh Dian Sastrowardoyo bekerja di sebuah syarikat majalah di Jakarta.
Pelakon lain yang menjadi rakan Cinta iaitu Ladya Cherill (Alya), Adinia Wirasti (Carmen), Titi Kamal (Maura) dan Sissy Priscillia (Milly) turut membuat kemunculan.
Meskipun drama ini adalah untuk memperkenalkan khidmat baru aplikasi LINE iaitu Find Alumni, ia berjaya mengusik nostalgia penonton dengan imbasan masa lalu yang dipetik daripada adegan filem asal.
Topic Berkaitan
#Ada Apa Dengan Cinta
#cinta
#Indonesia
#Rangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan