awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan

Bernama
Bernama
22/03/2026
14:25 MYT
Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan
Operasi mengesan mangsa ditangguhkan pada lewat petang berikutan keadaan semasa dan akan disambung esok (Isnin, 23 Mac). - Gambar hiasan/Unsplash
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol dekat sini, Jumaat lepas.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi pencarian ditumpukan di sekitar lokasi terakhir Tam Peng Hoong, 66, dilaporkan hilang dan kawasan perairan berhampiran.
“Operasi mengesan mangsa ditangguhkan pada lewat petang berikutan keadaan semasa dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu.
APMM memaklumkan operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM melalui aset bot peronda Perkasa 49 dengan lima kru dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi bot peronda PSC 25 melibatkan empat anggota.
Operasi turut dibantu komuniti penyelam tempatan membabitkan Tenggol Coral Beach Resort dengan 15 penyelam dan masing-masing enam penyelam daripada Tenggol Dive Buddy Dungun dan Ocean Dream Dungun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#pencarian
#Penyelam
#hilang
#Pulau Tenggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan