awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000

Bernama
Bernama
04/03/2026
10:46 MYT
Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM78,000 pada 2022. - Foto Sinar Harian
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM78,000 pada 2022.
Suapan itu didakwa sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan asrama di tempat dia bekerja.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu direman selama lima hari hingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Khas Trafik di sini.
Menurut sumber, lelaki itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan kira-kira 4.40 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati dia dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dengan meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pemilik syarikat kontraktor baik pulih.
“Nilai keseluruhan kerja penyelenggaraan yang dilakukan di tempat suspek tersebut bekerja dianggar bernilai kira-kira RM114,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Negeri Sembilan
#Tahan
#penyelia asrama
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan