awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak anjur lebih banyak program berbentuk kenegaraan, patriotik

Bernama
Bernama
17/07/2023
21:06 MYT
Perak anjur lebih banyak program berbentuk kenegaraan, patriotik
Mohd Azlan (tengah) memotong pulut kemerdekaan sebagai gimik menyambut ketibaan Konvoi KMJG Peringkat Kebangsaan Negeri Perak 2023 di Kolej Komuniti Bagan Serai, 17 Julai 2023. --fotoBERNAMA
BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Penerangan (JaPen) negeri akan mengadakan lebih banyak program berbentuk kenegaraan dan patriotik dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata bagi memastikan program itu memberi impak secara holistik, ia akan disebar luas ke seluruh daerah di Perak.
"Kita akan anjurkan pelbagai program berbentuk pidato, pertandingan, konvoi dan sebagainya yang akan disusun oleh JaPen Perak, pejabat daerah dan tanah di setiap daerah serta agensi-agensi terlibat.
"Objektifnya adalah untuk membangkitkan semangat sayangkan negara dan perpaduan sepertimana seruan yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Kolej Komuniti Bagan Serai di sini, semalam.
Mohd Azlan berkata setakat ini Program Konvoi KMJG yang telah bermula pada Ahad dari Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh telah menerima sambutan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Mohd Azlan berkata rata-rata masyarakat yang beliau temui meluahkan rasa gembira dan percaya bahawa program seumpama itu mampu menzahirkan semula semangat patriotisme.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 44 kenderaan pelbagai jenis terlibat secara langsung dalam konvoi KMJG di Perak dan ia melibatkan kakitangan JaPen Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Kelab Permotoran BMW K-16 Malaysia.
Konvoi KJGM 2023 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad melibatkan enam kawasan iaitu Ipoh, Teluk Intan, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping dan Kerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang 2023
#program kenegaraan dan patriotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan