awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB

Bernama
Bernama
28/10/2023
20:30 MYT
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Saarani berkata di bandar raya Ipoh sahaja, terdapat tujuh hospital swasta yang beroperasi termasuk Hospital Pakar KPJ Ipoh. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Hasrat Perak untuk menjadikan negeri tersebut sebagai hab pelancongan kesihatan berada pada landasan yang betul berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata di bandar raya Ipoh sahaja, terdapat tujuh hospital swasta yang beroperasi termasuk Hospital Pakar KPJ Ipoh.
"Insya-Allah, kami menjangkakan pertambahan tiga lagi hospital swasta akan siap dibina dan beroperasi pada masa terdekat termasuk Pusat Perubatan Sunway di Tambun, Quill Medical Centre di Jalan Sultan Nazrin Shah yang sedang dalam pembinaan serta Hospital Seri Botani baru saja memulakan operasinya Mac lalu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Strok Hospital Pakar KPJ Ipoh dan mesin pemecut Elekta Versa HD Linear Accelerator (LINAC) di sini, pada Sabtu.
Dengan perasmian itu, Hospital Pakar KPJ Ipoh muncul sebagai pusat strok pertama swasta di negeri ini.
Sementara itu, Saarani berkata pelancongan kesihatan juga akan menjadi tarikan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 dan menyasarkan pelancong kesihatan dari Indonesia dan Singapura.
Katanya selain pusat strok yang diwujudkan Hospital Pakar KPJ Ipoh, Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan yang sedang dibangunkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Bandar Meru Raya juga akan menjadi pusat sehenti bagi rawatan pemulihan strok.
"Ia nanti bukan sahaja akan memberikan rawatan kepada pesakit strok di negeri Perak malah dari seluruh Malaysia," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Saarani berkata dengan keupayaan mesin pemecut Linear Elekta Versa HD yang ditawarkan Hospital Pakar KPJ Ipoh, pesakit yang telah dan sedang mendapatkan rawatan di luar Perak seperti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tidak perlu lagi melakukan perjalanan jauh, sebaliknya mampu menjimatkan kos rawatan dan beban mereka.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad Chin Keat Chyuan berkata Hospital Pakar KPJ Ipoh kini mempunyai 276 katil dan menyasarkan tambahan 16 lagi katil tahun depan serta tambahan sehingga 150 katil dalam jangka masa panjang.
Katanya sebagai sebagai pusat strok swasta pertama di Perak, pusat ini dibarisi ramai pakar perubatan berpengalaman dan mahir dalam bidang pengurusan pesakit strok meliputi pakar kecemasan, pakar neurologi, pakar pembedahan neuro, pakar rehabilitasi dan pegawai fisioterapi terlatih.
Tambah beliau mesin pemecut Linear Elekta Versa HD mampu membunuh sel-sel kanser dengan lebih tepat dan pantas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#hab pelancongan kesihatan
#Saarani Mohamad
#hospital swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan