awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PerakFM henti dua program susulan peralihan kerajaan negeri

Bernama
Bernama
11/06/2018
14:18 MYT
PerakFM henti dua program susulan peralihan kerajaan negeri
Penukaran rancangan itu selaras dengan arahan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (gambar) supaya RTM melakukan perubahan dalam masa 6 bulan. - Gambar fail
Dua slot rancangan PerakFM 'Deme Tanya Pak Ngah Jawab' dan 'Apa Kata Deme' dihentikan penyiarannya susulan peralihan pentadbiran kerajaan negeri.
Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Perak Sabri Mansor berkata kedua-dua rancangan itu, yang disiarakan lebih 10 tahun lepas, dihentikan sejak bulan lalu.
Beliau berkata ia akan digantikan dengan rancangan baharu yang lebih segar.
"Slot Apa Kata Deme sebelum ini diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) manakala Deme Tanya Pak Ngah Jawab pula kita (PerakFM) jemput wakil rakyat atau Exco kerajaan terdahulu menjawab soalan pendengar," katanya.
Sabri berkata penukaran rancangan bagi slot itu juga selaras dengan arahan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo supaya Radio Televisyen Malaysia melakukan perubahan dalam masa 6 bulan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Edaran Bubur Lambuk anjuran PerakFM di perkarangan Kompleks Penyiaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, hari ini.
Program tahunan PerakFM edisi ke-25 itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
Lebih 2,000 bekas bubur lambuk ayam, udang dan daging diedarkan secara pandu lalu mulai 2.30 petang hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#Perak
#PerakFM
#perubahan
#radio
#Rancangan
#RTM
#Sabri Mansor
#tukar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan