awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan ke endemik, bulan Ramadan, tiada kelonggaran SOP - Polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/04/2022
02:08 MYT
Peralihan ke endemik, bulan Ramadan, tiada kelonggaran SOP - Polis
Mior Faridalathrash hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di Ipoh hari ini sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara. - Foto Astro AWANI
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melonggarkan pemantauan di seluruh negeri walaupun negara kini memasuki fasa peralihan endemik dan bulan Ramadan.
Ia bagi memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk melakukan pemantauan di bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri.
"Walaupun kita sudah masuk fasa (peralihan ke) endemik sekarang, segala SOP itu perlu dipatuhi sepenuhnya.
"Kita percaya pihak berkuasa tempatan (PBT) pun telah membenarkan bazar-bazar Ramadan dan pihak PDRM pun akan bersama-sama pihak majlis atau PBT untuk memastikan semua SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.
"Ini kerana, kita tak mahu ada pihak mengatakan bazar Ramadan ini menjadi tempat penularan wabak COVID-19," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di sini hari ini.
Menurutnya, polis juga melalui Pegawai Perhubungan Sekolah akan turut memantau pematuhan SOP di sekolah-sekolah di seluruh negara, di samping memastikan keselamatan pelajar.
Katanya, sebanyak 250 buah sekolah menengah di Perak memulakan pembelajaran bersemuka mulai hari ini, serentak di seluruh negara.
Dengan pembukaan tersebut, jumlah keseluruhan sekolah yang beroperasi secara bersemuka di negeri Perak ialah 1,102, termasuk sekolah rendah yang telah memulakannya pada 21 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Mior Faridalathrash Wahid
#Ramadan
#Peralihan ke Endemik
#tiada kelonggaran SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan