awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan tenaga: Malaysia perlu pelaburan lebih AS$400 bilion - IRENA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/03/2023
01:44 MYT
Peralihan tenaga: Malaysia perlu pelaburan lebih AS$400 bilion - IRENA
Malaysia dijangka memerlukan pelaburan AS$415 bilion untuk menjayakan usaha peralihan tenaga sehingga 2050, kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), Fransesco La Camera. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memerlukan pelaburan AS$415 bilion untuk menjayakan usaha peralihan tenaga sehingga 2050.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), Fransesco La Camera berkata, sebahagian besar pelaburan iaitu 80 peratus diperlukan untuk usaha menaik taraf dan meningkatkan keanjalan sistem grid pembekalan elektrik.
"Usaha peralihan tenaga yang dilakukan ini juga akan membuka peluang kepada negara untuk membekalkan elektrik serta menyediakan keanjalan grid kepada negara-negara jiran melalui peningkatan penggunaan sistem penyimpanan tenaga dan pengembangan sistem rangkaian sambung tara serantau.
"Langkah segera yang perlu diambil bagi merealisasikan agenda peralihan tenaga ini adalah dengan mewujudkan suasana pelaburan yang kondusif dengan dasar dan strategi pembangunan tenaga lestari yang jelas dan konsisten," katanya dalam majlis pelancaran Laporan 'Malaysia Energy Transition Outlook', di sini, pada Khamis.
Hadir merasmikan pelancaran laporan tersebut adalah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Laporan diterbitkan IRENA dengan kerjasama NRECC itu turut mengetengahkan pilihan laluan tenaga rendah karbon atau 'low carbon energy pathway' untuk tahun 2050 melalui penerokaan potensi sumber penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) tempatan yang lebih berdaya harap serta mampu bayar bagi memenuhi permintaan tenaga di negara ini yang dijangka akan meningkat.
Mengulas lanjut, Fransesco optimis, Malaysia mempunyai kemampuan mengecapi aspirasi sifar mutlak yang telah ditetapkan melalui peningkatan penggunaan sumber TBB tempatan yang mampu bayar.
"Selain itu, langkah peralihan tenaga ini dijangka akan memberikan penjimatan kos penghindaran tenaga, perubahan iklim dan kesihatan di antara AS$9 bilion hingga AS$13 bilion setahun kepada negara menjelang tahun 2050.
"Malah, teknologi solar dijangka akan mendominasi usaha peralihan tenaga negara dengan unjuran kapasiti terpasang mencecah 150GW menjelang tahun 2050.
"Bagaimanapun, usaha peralihan tenaga ini juga perlu disokong dengan peningkatan penggunaan sumber bio-bahan api mapan bagi sektor pengangkutan, industri dan bukan tenaga," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#tenaga boleh baharu
#SDG
#peralihan tenaga
#NRECC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan