awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan Astro AWANI mengangkat wacana akademik, diiktiraf

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
21:02 MYT
Peranan Astro AWANI mengangkat wacana akademik, diiktiraf
Editor Kanan Nazri Kahar mewakili Astro AWANI menerima salah satu pengiktirafan yang disampaikan oleh Ahmad Farhan pada majlis promosi UPM bersama media 2026 malam tadi. - Foto Astro AWANI
Peranan Astro AWANI dalam mengangkat wacana akademik dan penyelidikan melibatkan pelbagai sektor, diiktiraf pada Majlis Promosi UPM Bersama Media 2026 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, malam tadi.
Antara pengiktirafan yang diterima termasuk Liputan Berita Penyelidikan Tertinggi, serta Penghargaan Khas bagi program bual bicara menerusi program AWANI Pagi.
Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UPM Prof Datuk Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, yang turut menyatakan bahawa pihak universiti amat menghargai peranan besar media sebagai rakan strategik.
AWANI Pagi, antara program utama Astro AWANI kerap mengetengahkan hasil penyelidikan akademik termasuk penyelesaian moden terhadap permasalahan semasa yang memerlukan aspek pengkormesilan.
“Kita menghargai pihak media kerana membantu visibiliti universiti. Tanpa media, impak yang diberikan oleh Universiti Putra Malaysia tidak sama seperti yang telah berlaku,” kata Ahmad Farhan ketika ditemui selepas majlis berkenaan yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sementara itu, Ahmad Farhan turut memaklumkan, kejayaan UPM membangunkan beberapa pelan tinadakan penting, termasuk berkaitan kesihatan planet dan kelestarian serta keterjaminan makanan.
Menurutnya, inisiatif tersebut jelas membuktikan keupayaan UPM dalam menghasilkan rujukan berimpak tinggi yang bukan sahaja digunakan di peringkat nasional, malah turut dirujuk di rantau Asia Tenggara.
Sehubungan itu, beliau menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkukuh kerjasama dengan media dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#UPM
#penghargaan
#wacana akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan