awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal hingga notis diterima daripada parti

Bernama
Bernama
24/02/2026
21:55 MYT
Peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang kekal hingga notis diterima daripada parti
Peranan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan kedudukan di Dewan Rakyat kekal setakat ini kerana Dewan Rakyat belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung kedudukan beliau susulan tindakan pemecatan oleh parti. - Gambar fail
Peranan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang dan kedudukan di Dewan Rakyat kekal setakat ini kerana Dewan Rakyat belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung kedudukan beliau susulan tindakan pemecatan oleh parti.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, hingga kini tiada notis rasmi diterima daripada Bersatu atau blok pembangkang dan sebarang keputusan hanya boleh dibuat selepas menerima pengesahan secara bertulis.
"Setakat ini kita tak terima apa-apa lagi. Jadi, maknanya status beliau tetap sama, kecuali kita terima hitam di atas putih, barulah kita akan umumkan. Apa pun, saya sedang menunggu.
"Selagi kita belum menerima apa-apa, tidak banyak yang boleh saya lakukan sekarang...kita ada baki dua hari (persidangan) minggu ini dan perkembangan lanjut mungkin diketahui minggu depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen, pada Selasa.
Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, Pas akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, yang nama Ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut sebelum ini dipecat oleh Bersatu berikutan konflik dalaman parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Ketua Pembangkang
#Dewan Rakyat
#Krisis Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan