awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan RTM semakin kritikal dalam era AI - PM Anwar

Bernama
Bernama
01/04/2026
02:24 MYT
Peranan RTM semakin kritikal dalam era AI - PM Anwar
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.
Peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini semakin kritikal dalam memastikan maklumat sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, dalam landskap penyiaran yang berubah pantas, ditambah dunia tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), RTM perlu melaksanakan tanggungjawab itu tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan.
“RTM mesti terus memimpin dengan memperkasakan bakat tempatan, mengangkat karya anak seni serta memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa.
“Selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan ulang tahun ke-80 RTM hari ini.
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RTM
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#ulang tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan